just a piece to share.
warning: it's in Malay.
Cinta,
Ia hadir tanpa diundang,
Pergi tanpa dipinta,
Dunia yang penuh berwarna-warni,
Kini menjadi suram dan sepi.
Gelak dan ketawa bersama,
Jenaka serta gurau senda,
Terpahat di dada sanubari.
Cinta,
Pertama kali mengetuk pintu hati,
Perasaan berbunga kegembiraan,
Penuh harapan,
Penuh impian,
Gerak-geri mula menjadi perhatian.
Namun,
Manisnya hanya seketika.
Pertemuan yang tidakku duga,
Perpisahan pula datang tanpa dipinta.
Amatlah ku kesali pertemuan itu,
Tapi, aku redhai perpisahan ini.
Kerana Cinta,
Tak bermakna memiliki,
Tak bermakna bersama.
Cinta mempunyai maksud,
Maksud yang sukar untuk aku mengerti.